Pelepum, Pelepum. Bunyi bunga api. |
Bila hampir masuk tahun baru, sudah pastinya, tidak lama lagi kuliah untuk semester baru akan bermula. Baki setahun setengah lagi pembelajaran aku akan diteruskan. Waktu yang akan aku terima pelbagai ujian. Walaupun sukar, akan aku teruskan juga proses pembelajaran tersebut. Cuma yang kurang pasti apabila berbicara tentang kerjaya apabila lepas tamat proses pembelajaran tersebut. Sedikit gentar kerana kerjaya bukan perkara main-main kerana kerjaya itu sendiri bermaksud kerja untuk berjaya. Jadi? Macam mana nak berjaya dengan kerja? Lakukan bersungguh-sungguh? Ya, jawapan yang tepat. Jadi? Cuba lakukan bersungguh-sungguh walaupun engkau 'tidak' meminati kerjaya tersebut? Melakukan aktiviti yang dinamakan 'paksa diri' dan dipenuhi dengan tekanan semata-mata untuk membuatkan engkau berjaya dalam kerjaya tersebut? Mungkin boleh berjaya tapi sudah pasti komited itu semakin hari semakin pudar bukan? Jangan tipu diri sendiri kawan. Aku cuba untuk mencari minat didalam diri ini. Rasanya, aku sudah ada rancangan mengenai apa yang aku akan lakukan sebaik tamat pengajian ini. Dengan harapan kedua ibubapa akan memberikan sokongan.
Kurasakan minat amat penting dalam merealisasikan hasrat untuk berkerjaya. Bukan mudah, dan aku tidak mahu usaha aku kelak menjadi sia-sia. Melihat ramai rakan-rakan yang bekerja, sesekali terlintas juga niat untuk menghentikan pelajaran ditengah jalan semata-mata untuk bekerja. Tapi, aku takkan lakukan sesuatu yang bodoh. Ilmu didefinasikan dengan makna lain dan kejayaan akan didefinasikan dengan makna lain. Apa salahnya sekiranya kedua-dua aku cuba kecapi? Renungkan sejenak apa yang aku akan lakukan. Aku akan cuba lakukan yang terbaik. Itu azam aku untuk tahun baru yang bakal menjelma. Aku doakan rakan-rakan aku turut berjaya dalam bidang masing-masing.
P/S : Terasa masa semakin lama semakin ligat berputar.
0 Commments:
Post a Comment