Rakan-rakan Blog

Fakta Untuk Anak Johor dan Kamus Johor. :)

|

Salam. Baiklah, kali nie aku nak update pasal bangsa aku. Mana ada negeri lain pakai bangsa untuk rakyat mereka. Hanya Johor jer yang menggunakan perkataan 'Bangsa Johor'. Bangga menjadi anak jati negeri Johor. :) Ok, untuk post kali ini, aku edit dari apa yang telah dihantar oleh seseorang melalui Facebook dan ramai yang turut share. Ada juga yang aku tak setuju, mungkin sebab lain tempat lain bahasa yang digunakan kot. Mungkin aku banyak gunakan bahasa pasar dalam post kali ini sebab nak mengambarkan bahasa-bahasa pelik yang selalu anak-anak Johor tersebut bila berada di perantauan. Termasuk lah juga aku. Ishh, kadang-kadang habis satu kelas gelakkan aku sebab mengunakan perkataan-perkataan tersebut padahal, kalau dekat Johor benda nie semua biasa jer.

1. Perkataan 'Seh'. Korang yang orang Johor sudah pastinya akan selalu menyebut perkataan 'Seh' disetiap perkataan yang menarik minat. Lagi-lagi bila berada semakin ke Selatan iaitu sempadan Singapura dan Johor. Contohnya, 'Gempak gila seh!'. Ayat yang melambangkan keterujaan ataupun sesuatu yang menarik minat. Haha. Dekat Fb note tuh tulis perkataan 'Ekk'. 'Ekk' nie pun biasa lah digunakan oleh Johorean. Contohnya, 'Nak buat macam mana ek?'.

2. Bila korang berada di daerah lain iaitu luar daerah dari Johor Bahru, orang-orang disana akan refer Johor Bahru sebagai Johor. Jadi bila mereka sebut hendak ke Johor, korang jangan lah pelik. Kenapa dah ada dekat Johor tapi nak pergi Johor lagi? Kebanyakan masyarakat luar dari daerah Johor Bahru akan refer sedemikian. Itu pelik? Selain itu yang buat pelik, orang Johor juga akan makan pisang goreng dengan sambal kicap. Aku pelik mula-mula keluar Johor, rupa-rupanya memang dekat Johor jer macam tuh. Haha. *Takde kena mengena dengan fakta pertama. Haha.

3. Orang-orang Johor pun kebanyakannya akan melebihkan huruf 'Or' dengan menukar setiap huruf 'Ar' disetiap hujung perkataan mereka. Contohnya, perkataan Muar akan digantikan dengan Muor, Seluar sebagai Seluor, Keluar sebagai Keluor dan Selipar sebagai Selipor. Faham? Bunyi dia jadi pelik juga kadang-kadang. Tapi memang bahasa kami sebegitu. :) Kebanyakannya orang 'Muor' yang akan cakap macam tuh.

4. Perkataan 'Pegang'. Kebanyakan orang Johor akan menyebut sebagai 'Pègang'. Bunyi dia agak pelik bagi orang luar Johor dan semestinya aku memang kena gelak gila-gila bila aku sebut 'Pègang'. Lagi-lagi dengan classmates aku. Siot korang. Grrr. Pernah dengar perkataan 'Meleweh'? Ini lagi satu word yang baru jer tadi seorang budak Penang gelakkan aku gila-gila. 'Meleweh' nie maknanya macam buat kerja sambil lewa atau pun tak betul. Lebih kurang begitu lah maksudnya. -.-

5. Ramai orang-orang Johor yang tahu berbahasa terbalik. Macam mana? Korang akan jumpa komuniti nie sekitar korang. Pada mulanya, aku ingat budak-budak punya bahasa. Tapi, rupa-rupanya memang semua orang-orang tua tahu macam mana nak tuturkannya. Pakcik jual sate naik motor yang selalu lalu depan rumah aku pun reti. Mak cik kantin sekolah aku pun reti. Ishh, pelik juga lah. Haha. Macam mana bahasanya? Contohnya, 'Awak dah makan belum?' akan jadi macam nie, 'Waak dah kaman lebum?'. Senang, tapi kena laju sikit untuk berfikir. Hanya terbalikkan suku kata sahaja. Senang untuk mengutuk bangsa lain ataupun mereka yang tak tahu bahasa ini. :)

6. Korang akan nampak fesyen-fesyen yang betul-betul pelik bila korang masuk JB. Kat tempat lain kadang-kadang belum sampai lagi. Contohnya, seluar skinny (Seluar yang ketat dan berwarna warni.) Mula-mula aku nampak aku gelakkan and lama-lama benda tuh dah pupus. Then, korang tahu apa? Benda nie baru nak naik dekat KL. Pelik betul aku. Memang kebanyakannya fesyen pelik-pelik nie datang dari JB sebab orang-orang Singapura yang ada connection dengan budak-budak Johor bawa masuk semua tuh.

7. Pernah dengar perkataan 'Sangap'? Haha. Berhenti fikirkan yang bukan-bukan. Di Johor, 'Sangap' ini bermaksud 'Menguap'. Cuba lah korang cakap 'Sangap' dekat tempat lain. Mesti orang dah fikir lain. Haha. Kalau di Johor, orang lebih prefer memanggil sebagai 'Kakers'. Sama maksud dengan 'Sangap' dekat tempat lain. Bermaksud, mahukan sesuatu ataupun merujuk kepada mahukan tuttt. XD Lebih kurang dengan perkataan 'Anu'. Di Johor 'Anu' bermaksud 'Buat'. Di negeri lain, mereka akan refer 'Anu' lebih kepada kemaluan. Haha. 18 SX nie. XD

8. Johor adalah negeri yang pertama memiliki pasukan tenteranya sendiri dan satu-satunya pasukan tentera yang dibiayai oleh kerajaan negeri yang masih kekal hingga kini yang dinamakan Askar Timbalan Setia Negeri Johor. Askar Timbalan Setia adalah satu pasukan tentera yang ditubuhkan semasa pemerintahan Sultan Sir Ibrahim Iskandar Al-Masyhur ibni Almarhum Sultan Sir Abu Bakar , Sultan Johor Darul Takzim. (Di ambil dari laman web kerajaan Johor sendiri.) Ini yang menjadikan aku bertambah bangga menjadi rakyat Johor.

9. Korang tahu almari? Dekat Johor kami memanggil sebagai 'Gerobok'. Mempunyai fungsi yang sama dan nama jer lain. Lagi satu perkataan yang lain tapi mempunyai makna yang sama ialah 'Selimut', di Johor orang-orang Johor akan memanggil sebagai 'Gebar' ataupun 'Gebor'. Pelik pula ejaannya. Bila sebut rasa biasa jer. Haha. Di Johor, rakyatnya lebih senang memanggil 'Tembikai' sebagai 'Semangka.' Tak tahu macam mana boleh muncul ayat-ayat pelik ini sebabnya, aku hanya anak-anak muda Johor. Kurang research lagi nie. Haha.


10. Kami di Johor jarang menonton RTM. Kenapa? Cuba tengok rumah-rumah di sekitar Johor Bahru, kebanyakannya tidak mempunyai TV1 bagi yang tidak menggunakan Astro. Itu lah masalahnya. Tapi kami tidak kisah. Kenapa? Sudah semestinya kami dapat siaran TV dari Singapura. Nak aku senaraikan berapa TV? TCS5, TV8, Kids Central, I TV, U TV dan banyak lagilah. Sebab tu orang-orang JB tak kisah sangat. Kadang-kadang, ada tempat yang dapat siaran dari Indonesia contohnya RCTI. Kalau tengok dekat luar JB lagi gila, ariel diorang akan panjang macam pokok kelapa semata-mata nak dapatkan siaran luar. Contohnya dekat Segamat, pelik aku tengok ariel TV diorang. Ingatkan kenapa, rupa-rupanya memang nak tarik siaran Indonesia dan Singapura.

Kamus Johor :

Saing - Pergi bersama2
Bongok - Bodoh
Endut - Makwe/pakwe. Awek/balak. Boleh digunakan tanpa mengira jantina.
Berendut - Berpasangan. Pergi berendut- dating.
Botok-botok, bebotok – Sejenis makanan menggunakan ikan, ditambah memacam dedaun, letak serbuk kari dan dibalut dengan daun betik, diikat dengan sebelum dikukus. Alah, macam Pais Ikan tuh.
Leca - Tilam. Normally dibuat sendiri menggunakan kekabu (orang zaman dulu-dulu semua DIY – tak ada Vono, Slumberland ).
Gerobok, Gobok -Almari. Tak kiralah simpan kain baju ke, simpan pinggan mangkuk ke.
Sajak - Sesuai atau tidak -bukan puisi! Macam nie ayat dia. 'Sajak tak beg nie kalau aku pakai.'
Roti prata - Roti canai
Semangka - Tembikai
Epok-epok - Karipap
Air Tahu - Air soya
Sigong - pukul guna siku.

P/S : Diadaptasikan dari satu nota yang aku jumpa di Facebook.
Tukar ayat sedikit. Sumber : Klik sini.
Banyak lagi fakta yang tak sempat aku nak tulis. Mungkin ada part 2. X)

Pecah Kaca Pecah Simen, Sudah Baca Harap Komen. :)

10 Commments:

Qastalani® said...

eh, byk jugak haku pakai bahasa johor nih!

Agak2 berapa byk barangan IKEA dalam umah haku nih? Cuba teka!

Chuck said...

hahaha. ada ciri-ciri orang Johor lah tuh yea. :)

anithDEEBA said...

bornom mali.yesa ngatsa kesu kapca sebaha likterba.yesa rango kemela. :)

btw,i follow u :)

Chuck said...

@anith - Haha. I got apa yang u cuba sampaikan tapi kita punya tune lain sikit. :) Thanks be my reader. :)

zey said...

heyy..kat entri kita pon ada kamus mini johor...cekidoud :)
http://hanyfly.blogspot.com/2010/11/jom-belajar-cakap-johor.html

Chuck said...

haha. thanks. :D

leenna said...

wah~~~ Johor abis abisan nih...aku pon bangge jdik johorian.yay!!! majulah johorean tok johor tok negara!

Chuck said...

@leenna : hidup Johor! haha

Unknown said...

klu sesaper pernah sampai / ada sedara mara kat area Liang Batu, Lenga, Bkt Kepong, Pagoh tentu perasan cara bercakap diorg ada lenggok tersendiri.. mmg unik

Unknown said...

"ate ual" tu ape eh??ayt bdk2 jb

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Photobucket
Protected by Copyscape Unique Content Checker