Rasa macam nak coretkan sesuatu kat blog aku. Ok. aku hanya mengarut kali ini. Alihkan pandangan anda ke tempat lain, lepaskan rasa bosan anda di tempat lain kerana anda akan terus dibelenggu bosan. Anda akan berasa bosan bila mula membaca kerana anda bukan dalam situasi ini. Dunia ini akan jadi indah sekiranya apa yang kita bayangkan dapat dilahirkan ke dunia nyata tapi mustahil seratus peratus akan sama seperti apa yang kita bayangkan. Keliru dengan perasaan sendiri. Keliru dengan masalah yang aku ada. Maafkan saya, saya tak dapat nak kongsi segalanya dengan awak. Aku sendiri tak tahu dekat mana ia bermula dan sudah pasti aku tak tahu macam mana nak mengakhirkan semua ni. Masalah bertimpa-timpa. Selamat saya mempunyai dua insan, Nazira Omar dan satu-satunya adik saya, Fara Ain Jaafar. Satu masalah telah selesai. Tiada siapa cuba faham dan tiada siapa yang cuba tolong. Ya. Salah aku. Aku yang memendam. Bukan dengan semua orang kita boleh berkongsi. Dan bukan dengan semua orang kita sesuai berkongsi. Cuba dan cuba lagi. Akhirnya, keajaiban datang. Kawan baik adalah tempat yang seharusnya. Seorang yang boleh memberi pendapat. Seorang yang boleh serius pada waktunya. Seorang yang dapat menghiburkan bila masa sama-sama sedang kecewa. Walaupun bukan di depan mata. Apa yang aku cari telah sempurna. Terima kasih tuhan.
P/S : Masa yang paling sesuai untuk aku dengar musik keras. Walaupun bingit, amat mententeramkan.
Bullet for my valentine and Avenged sevenfold refresh my mind.
Pecah Kaca Pecah Simen, Sudah Baca Harap Komen. :)
2 Commments:
ok. sayang you jugak. :)
Post a Comment