Hey friends. Rasa macam nak menaip even sekarang nie aku tengah buat assignment. Bukan menaip untuk assignment, tetapi menaip untuk blog kesayangan saya ini. Blog yang menjadi tempat mencurahkan isi hati ini. Macam poyo lah pulak kan. Hahaha. Lantak lah korang nak kata apa. Tiba-tiba aku teringat pula dekat soalan yang orang selalu tanya. Aku rasa bukan aku seorang jerk, tapi most of the college or university student. Soalan yang selalu diajukan berbunyi begini.
Soalan 1 : Study dekat mana? Ambil course apa?
Jawapan : Aku study kat UiTM. Ambil course Diploma in Textile Technology. Faham?
Soalan 2 : Textile tuh apa? Kain ke?
Jawapan : Ye ye dan ye. Memang aku belajar kain. Kenapa? Korang ingat belajar kain nie senang? Haih. Under Applied Science Faculty jangan nak perasan lah kalau senang. Agak susah kerana memerlukan asas science yang tinggi. Bak kata lecturer aku dan slogan persatuan kami, Imagine the World Without Textile. Hahaha. Bulan-bulan puasa nie jangan imagine, nanti batal puasa. :D
Soalan 3 : Bila kau habis belajar?
Jawapan : Aku nieh ambil diploma. Sudah semestinya lah 3 tahun. Sekarang baru setahun setengah aku study dekat sini. Tak paham lagi? Kiralah sendiri. (Kalau setakat tanya, nak tunjuk hebat dengan mengatakan kau habis study lagi awal. Better tak payah.) Kadang-kadang ada soalan yang berbunyi macam kerek. Aku layankan jerk lah. Lame lagi beb nak habis tapi akan ku teruskan perjalanan ini. :D
Soalan 4 : Bila kau praktikal?
Jawapan : Aku punya course akan praktikal pada semester 6. Aku bukan macam budak Politeknik yang praktikal pada semester 3-4. Jadi korang pandai-pandai lah kira sendiri. Banyak sangat soalan macam gini dari budak-budak Politeknik yang aku kenal. Lambat lagi aku nak praktikal. Almost one year lagi. Aku tak macam korang lah kawan-kawan.
Pertama kali menggunakan warna hijau dalam blog aku untuk font walaupun hijau itu adalah favourite colour aku. Hahahaha. Ok lah. Malas nak membebel panjang-panjang sangat. Ops, kenapa tajuk post nie Long Way To Go? Sebab aku nak habis study lambat lagi. Jadi tuh la sebabnya. :)
P/S : Lambat ke cepat ke apa beza nya?
Ada masa lambat diperlukan dan ada masa cepat diperlukan.
Am I right? :)
2 Commments:
yeahhh.
u rite..
long way to go for stdy together..
tuekkkk
Yarh. Lambat lagi nak habis. Assignment bertimbun-timbun. Hahaha.
Post a Comment