Rakan-rakan Blog

Episod 1 - Projek Side Mirror Mira

|
Salam semua,
Harini baru tergerak hati nak berkongsi kisah pembikinan sebuah jentera K-Car milik saya untuk tatapan umum.
Sekadar berkongsi minat kita yang biasa-biasa ini. Kosong hidupnya bila takde hobi kan? Jadi saya telah terjebak dengan kancah JDM (Japan Domestic Market) untuk dijadikan hobi.

Saya memakai kancil standard kilang Perodua 850. Bermula nya episod JDM ini apabila cermin side mirror telah pecah sebelah. Jujur taktau rupanya kedai Abang (Brothers) ada jual cermin sahaja! Kalau tak, takde melarat sampai macam ni! Haha.

Dengan gatal tangan nya scroll kat Facebook, tetiba terjumpa side mirror chrome L5, jadi secara tak langsung time ada duit, terus lah membeli. Lagipun memang lama dah pendam perasaan! Haha. Pada 06 September 2014 barang pun diterima, sekali dengan Wiper Belakang Chrome.

Dibawah adalah gambar side mirror yang saya dapat pada 2 tahun lepas dan baru sekarang saya nak tunjukkan progress kereta ini yang saya build semula secara perlahan-perlahan.

Pemilihan saya adalah Side Mirror Chrome Autoflip dari model Daihatsu Mira L5. Side Mirror ini adalah Side Mirror dari Model L5 yang kebanyakannya memang datang dari tong semulajadi chrome. Ada juga side mirror jenis lain iaitu Side Mirror Mira L2s auto/manual, Side mirror Mira L2 auto/manual, Side mirror Mira RV4, Side mirror Daihatsu Opti dan juga Side Mirror Mira L5 Manual/Auto/Chrome.

Dalam pemilihan side mirror pun banyak faktor kena tengok, contohnya minat kita cenderung ke chrome atau tidak, cutting yang kita minat atau jajan di side mirror. Jajan dalam istilah kcar adalah accesories pelengkap sesuatu barang itu.

Untuk kategori side mirror kcar, terdapat barang-barang rare teruk contohnya side mirror tanduk dari Model L70/L55, harganya? Boleh mencapai RM2k hingga ke RM3k. Accesories side mirror juga ada kategori sendiri iaitu Cover side mirror Nobu, Cover side mirror L2, rain cover, cermin tenggek dan mungkin ada lg yg saya tak tahu kerana barang ni bukan biasa dapat lihat.

Pemilihan side mirror Kcar biasanya ada diantara Side mirror L2 atau L5. Beza adalah di tapak side mirror tersebut, L5 lebih besar. Tapak side mirror L5 akan menganggu door visor sekiranya nak menggunakan door visor L2 (Mungkin saya akan terangkan di episod akan datang.) Market untuk side mirror ini adalah RM250 ke RM400 bergantung pada kondisi barang.


Side Mirror L5 Chrome + Suis Autoflip - RM270 Online Seller (Maaf lupa dah nama)
Rear Wiper Chrome - RM100 (Are-leh, Online)

Dipasang di MH Autopart, Pulai

Barang yang diterima

Rupa setelah siap dipasang.




Pecah Kaca Pecah Simen, Sudah Baca Harap Komen. :)

0 Commments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...