Rakan-rakan Blog

Moderno Family 3rd Anniversary Mega Gathering

|
Salam.

Setelah sekian lama blog ini terbiar dan bersawang, tiba-tiba hari ini teringin nak menulis sesuatu. Entry kali ini berkisar tentang peminat-peminat kereta kecil atau nama glamournya sebagai K-car. K-car adalah dari singkatan perkataan Kompak Car.

Berbalik kepada tajuk entry di atas, saya yang merupakan salah seorang peminat JDM (Japan Domestic Market) telah pun terjebak dengan kegiatan convert mengkonvertkan kereta Kancil 850 saya kepada Moderno L200. Walaupun banyak juga pilihan lain untuk convert tapi saya tetap dengan jiwa untuk memilih Moderno L200.

Moderno adalah sebuah nama yang tidak asing lagi dalam arena JDM. Pada permulaannya agak lambat untuk saya teracun kerana kurang kenalan yang layan JDM tetapi akhir sekali kecundang juga. Hehe. Cuma baru nak mula, jadi dikalangan mereka saya ni kira newbie lah. Hehe.

Untuk pengetahuan, Perodua Kancil mempunyai pelbagai version di Jepun. Contohnya seperti L200S, L200 telur, L500, L512, RV4 dan berbagai lagi. Nak tahu lebih lanjut boleh lah google ye ataupun tinggalkan komen anda di kotak komen, InsyaAllah sekiranya saya berkesempatan saya akan cuba jawab. Dan jika ada di kesempatan lain saya akan cuba huraikan mengenai perbezaan model-model ini.

Contoh Logo Moderno Family

Moderno Family merupakan salah satu kelab yang mengumpulkan peminat Moderno L200. Rasanya kelab ni antara kelab terbesar didalam Malaysia yang terbahagi kepada beberapa bahagian contohnya Moderno Family Central, Moderno Family Johor, Moderno Family N9, Moderno Family Eastern dan berbagai wakil lagi yang mungkin saya tertinggal.

Malas sembang banyak, marilah kita sama-sama layan gambar disepanjang event Mega Gathering Moderno Family sempena menyambut Anniversary yang ketiga di Port Dickson.

Kredit to Cuceng Moneno. Pinjam pic ye. :P













Apapun, semua ahli-ahli Moderno ni sempoi semuanya. InsyaAllah, bertemu lagi kita di gathering akan datang. Dengar khabarnya area Utara tanah air. Betul atau tidak, sama-sama kita nantikan. Hehe.


P/S : Mula-mula taknak layan, tapi dah mula jadi penyakit lah nampaknya. Kakaka.


Pecah Kaca Pecah Simen, Sudah Baca Harap Komen. :)

3 Commments:

Najib Ariyan Ali Basha said...

hmmmm... bila event ni berlangsung... haritu kat KK macam ada ternampak diorang buat event yg sama tapi taklah singgah... nice nampak bila semua keta tu lain2 warna...

Chuck said...

Event ni cuma setahun sekali jer berlangsung. Ni pun baru kali ketiga yang official punya. :)

azwans said...

Tahniah. Meriah nampaknya. Seronok bila ada event macam ni. Tambah sahabat dan rakan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Photobucket
Protected by Copyscape Unique Content Checker