Rakan-rakan Blog

Sijil Separa Tuhan.

|
Hanya gambar hiasan.

Zaman sekarang nie. Toleh kanan maksiat, toleh kiri maksiat. Aku tak suka maksiat tau. (Sambil hembus asap rokok.) Kau ingat hisap rokok tuh benda mulia sangat lah? Itulah dia realiti zaman sekarang. Nak tak nak kena terima juga. Biasalah, semua orang nak bagi pendapat, semua orang rasa dia betul. Bila orang buat salah dia sibuk nak condemn. Cakap orang tak ingat tuhan lah, mati masuk neraka lah, tak cium bau syurga lah dan macam-macam lagi. Ingat satu benda boleh? Manusia mana yang tak pernah tercicir tuhan? Sejak bila pula tuhan beri sijil kat korang untuk hukum orang?

Aku tak cakap aku perfect. Aku ulang semula. Aku tak cakap aku perfect. Since bila abang aku beri pendapat pasal pusat snooker, aku terus dapat idea nak menulis. Cuba korang bagitahu kat parent korang yang korang akan pergi ke pusat snooker. What their first impression? For sure diorang takkan benarkan. Kenapa? Sebab kita dah biasa dengar tempat tuh untuk orang-orang yang konon-konon rosak akhlak. Takde kebaikan langsung. Kita dimomokkan cerita-cerita sebegitu sejak kecil. Snooker tuh bukan sejenis sukan ke? Setakat aku main snooker, takde apa yang dosa besar yang aku pernah buat dalam pusat-pusat snooker tuh. Tolong betulkan kalau aku salah. Mesti diorang kata lebih baik duduk depan TV kan? Takde lah buat benda bukan-bukan. Yang masuk akademi realiti TV nie semua kan baik-baik belaka. Mana ada rosak akhlak. Pakai skirt pendek, nampak pusat, lelaki separa bogel. Mana ada rosak akhlak kan? Tak gitu? Benda dah terang lagi bersuluh sama spesis jer semua tuh tapi orang still sanjung. Semua orang tetap sanjung kotak empat segi tuh.

Kalau cakap pergi clubbing pula macam mana? Semua orang pergi clubbing mesti jahat kan? Mesti minum arak. Mesti tak sembahyang. Siapa ajar kalau pergi clubbing mesti minum arak dan tak sembahyang? Boleh bagitahu? Dekat club malam nie semua memang untuk orang-orang jahat ke? Memang hukumnya haram kalau pergi tempat-tempat maksiat kan? Tak gitu? Compare dengan tengok bola pula macam mana? Ok, pergi tengok bola dekat Stadium Bukit Jalil tuh mana ada jahat kan? Kalau dah game pukul 8.00 malam, pukul 6.30 petang dah kena masuk. For sure kena jaga seat takut orang lain ambil. Kalau 100,000 penonton? Dari pukul 6.30 sampai pukul 8.00 kena stay dekat situ lah kan? Boleh beritahu aku berapa ramai yang tinggal solat maghrib pasal sebiji bola? Tak banyak beza pun benda-benda macam nie. Cuma yang bezanya ia bertopengkan benda yang baik tapi pada dasarnya tetap benda salah.

Bila anak si polan buat video bukan-bukan. Korang kutuk cakap anak orang tuh tak guna lah, suruh dia taubat lah, memalukan nama mak bapak dia lah. Tapi? Mana korang dapat tahu anak si polan yang buat video tuh? Bab nie rajin plak korang nak buat siasatan sendiri ye? Dalam phone korang pun ada video dia lah maksudnya? Nak cakap apa lagi? Nak bagitahu kau prihatin pasal jiran-jiran? Thats not the way. Tapi nak buat macam mana, buka peti empat segi dan tukar rancangan buletin utama pun ada video bukan-bukan. Itulah dia keadaan yang jadi sekarang nie. Sebarkan aib orang pun bukan benda mulia sangat adik abang kakak oi. Apa yang penting, semua benda boleh jadi salah kalau kita buat secara salah benda-benda yang betul. Sebab tuh kita kena tengok diri sendiri sebelum pandai-pandai nak hukum orang. :)


P/S : Kadang-kadang dalam tak sedar kita buat dosa. Kita nie manusia biasa. Tak terlepas buat tuh semua.

Pecah Kaca Pecah Simen, Sudah Baca Harap Komen. :)

32 Commments:

Anonymous said...

urm.. bro, im not a haters.. tapi yg pasal pusat snooker (sesetengah) n disco tu cube renung2kan semula.. apa hukum menghadirkan diri ke pusat maksiat?? hukumnya haram jika turut serta.. tetapi menjadi kewajipan untuk hadir bagi mencegah (jika ada kuasa).. =)

mohammad fadzlin salleh said...

bro...i agree wat u writing........kadang2..aku sendiri pun ada lam ramai2 kat stadium 2.....kakiBOLA la kate kn.....heheheh...nway...tak ada yg sempurna kan...kita tgur org...silap org....xp kita x nmpk diri kita....bagaikan perlu ada "cermin" untuk menegur org...kerana....kalo kita tgur org..."cermin" 2 pat tunjuk an alek diri kita sebenarnya...hehehe.....nice writing....

Chuck said...

@Anonymous Ye bro. Thanks bagi pendapat. Sebab tuh aku kata aku sendiri tak perfect dan aku cuba untuk tak menilai orang lain. Pusat maksiat memang haram, tapi kalau tengok bola tak solat haram juga hukumnya. :)

Chuck said...

@mohammad fadzlin salleh Yup bro. Thanks bagi comment. Biasanya benda-benda nie, kita yang buat dia jadi haram. Tengok diri sendiri baru tegur orang kan. :)

Anonymous said...

ter Baek bro...gua sallute lu bro...
apa yg gua rasa lu pon dah rasa kan...gua last2 dah malaih nak ambik pot pasai hal2 gini...gua rasa Melayu kita dah pun layu akhirnya...gua pun tak la perfect mcm lu kan...gua bkan dewata raya...gua pun hantu raya gak...mcm panglima Hang Tuah cakap kan "tak melayu hilang di ....????"

klu lu nak berkawan ngan gua lu cri gua kat fb Eddy Haris (gua la tue)...
wassalam....

Chuck said...

@Anonymous Thanks bro singgah sini dan beri pendapat. Zaman sekarang nie pergi makan kat luar pun boleh dapat dosa. Dah tuh kalau semua orang melayu pun pandai pakai seksi-seksi. Nak buat macam mana? :)

AIEN NAJIB said...

nice post bro :)

"Dari Abu Abdullah An-Nu'man bin Basyir r.a. katanya : saya telah mendengar Rasulullah SAW bersabda : ' Sesungguhnya yang halal itu terang ( jelas ) dan yang haram itu terang, dan di antara keduanya pula terdapat pekara-pekara yang syubahat ( tidak terang halal atau haramnya ) yang tiada diketahui oleh orang ramai. Orang yang memelihara dirinya dari pekara-pekara yang syubahat itu adalah seperti orang yang melindungi agama dan kehormatan dirinya. Orang yang tergelincir ke dalam pekara syubahat itu akan tergelincir masuk ke dalam pekara haram. Laksana seorang pengembala di pinggir sebuah tempat larangan, yang akhirnya lalai dan masuk ia ke dalam tempat larangan itu. Adapun bagi setiap raja sebuah tempat larangan, dan tempat larangan Allah itu adalah pekara-pekara yang diharamkanNya. dan ketahuilah pada setiap jasad itu seketul daging. Andainya ia baik, baiklah seluruh jasad itu dan sekiranya ia rosak maka rosaklah seluruh jasad itu. Itulah hati. '

p/s : semua yg boleh bawak kite pade mksiat kite kena jauhkan toi tak ?even kite tak buat ,tapi kite jugak bersubahat dgn org lain yg buat mungkar :) ''la takrobu zina'' Allah kata jangan hampiri zina ,jd ..semua perkara yang boleh mendekatkan kite pade zina ...haram .sekian :) jap ,apesal rase mcm lari je komen ni .HAHAHA .biaq p la :p

neway ,boleh add gua kt fb jugak :p HAHAHAHAHA .

Chuck said...

@AIEN NAJIB Thanks ain sebab bagi pendapat. Zaman sekarang nie, semua benda boleh jadi dosa kalau kita salah guna. :)

Anonymous said...

hurm.. ape dalil yg mengatekan pusat snooker tu pusat maksiat? kalo clubbing tu mgkin la tp snooker??wtf??

meLLy! said...

gua salute ngn lu bro ! kata2 tu ade benarnya. * applause!

* ehem, jgn nk add aien najib je. add la aku skali kat fb. HAKHAK

PUTRI NADIA said...

nice lah bro :)
entry anda membuatkan saya terfikir seketika :)
touch wif dat

cik azeya said...

@meLLy!

betul2. kite takle judge orang melalui ape yg dia buat. mcm ni, saye nak g clubbing la. hihi

cik azeya said...

sorry tertag name melly. tak sengaja. -.-'

Chuck said...

@meLLy! Nie gua tak puas hati nie. Haha.

Chuck said...

@PUTRI NADIA anyway thanks yarh. :)

Chuck said...

@cik azeya bukan tuh maksud aku. that cuma sebagai comparison jer. =.="

Chuck said...

@cik azeya patutlah pelik semacam. =.="

Chuck said...

@Anonymous Biasalah. Kita selalu dengar orang kata macam tuh kan? Snooker tempat orang yang jahat-jahat jer. =.=" Tapi gua baik. HAHA.

yusuf mujahidin ™ said...

Salam bero

zaman skrg kita dibiasakan dgn perkara2 batil ni

mengata org lain mmg sedap.
tp benda ni mcm cermin.

pesan Imam Al Ghazali

kalo jumpa kanak2, anggaplah mereka lebih mulia kerana mereka belum banyak berbuat dosa seperti kita

kalo berjumpa dgn org tua, anggapla mereka jauh lebih mulia dari kita kerana mereka sudah lama beribadat berbanding kita


dan kalo jumpa org jahil berbuat dosa, anggaplah mereka lebih mulia dari kita kerana mereka berbuat dosa dalam kejahilan sedangkan kita berbuat dosa dalam pd kita mengetahui akannya.


wallahualam

:)

Anonymous said...

salam..

kalau nak menilai sesuatu yang baik, jgn bandingkan dgn org atau perbuatan yg lagi teruk.. bandinglah dgn perbuatan yg lagi baik.. cthnye "mamat tu pegi surau smayang berjemaah tapi aku pegi pusat snuker lak.. takleh jadi ni, aku pun nak gi surau"

kalau banding dgn bende yg lagi teruk atua same teruk mmg la kite rase kite ni baik.. renung2kan la

wallahualam

Anonymous said...

klu dah haram bercampur halal,haram jadinya...

Anonymous said...

apa maksd kotak empat segi tuh ? x brapa paham laa

Anonymous said...

@Anonymous
excuse me en.anonymous (not me).. encik x baca ker saya tulis kt dalam braket?? ""(SESETENGAH)""..
Ape hukum masok kasino (pusat perjudian)? pusat snooker juga bole jadi pusat perjudian.. dan juga tidak lari daripada penjualan arak didalam kebanyakan premis tersebut.. mendekati perkara mungkar adalah haram, melainkan untuk mencegahnya.. UNDESTOOD??

*i bukan cakap2 kosong oke, i took paper syariah SPM dulu n blajo perkara2 nih sume.. i admit, i bknnya maksom.. tapi kita harus saling mengingati =)* peace

Anonymous said...

@Anonymousin addition, main snooker tu HALAL.. tapi memasuki pusat snooker boleh membawa kepada yang haram hukumnya.. =P

Chuck said...

@yusuf mujahidin ™ Aku suka comment kau nie bro. :) Betul semua pendapat ko. :)

Chuck said...

@Anonymous Thanks kepada semua anonymous yang berikan comment. Aku tak dapat reply directly sebab korang banyak identiti. First of all, aku dah beritahu yang aku bukan perfect. Tujuan aku buat post nie pun nak mengingatkan diri sendiri dan mereka yang baca blog aku. Dan kepada anonymous yang tanya kotak empat segi tuh apa, tuh nama dia televisyen. :)

Anonymous said...

kita solat atas kerusi pon xpe rasanya aslkan kusyuk....dah niat ramai org.....solat je macam mane pon...xjadi mslah kot...

Chuck said...

@Anonymous Tak faham maksud comment awak nie.

Int Red Carma said...

kadang-kadang ada ibu bapa tuw pronoid, x kasy anak dia kawanx2 dgn bebudak lelaki tapi skit pun dieorank x sedar anak dia nak berubah jadi lesbian

A retarded kitty said...

tengok tv pun dapat dosa kan?tutup je la tv tu, tak dapat dosa.
Kan?

alwi said...

nagus2 entry anda.. tapi sebebnarnya kita sebgai umat islam jangan malu nak menegur,. orang selalu kata... "kalau nak tegur orang tu tengok diri sendiri dulu"... sebenanya tu salah.... kita sebagai umat islam yang bersaudara, walau kita ni jahat sekalipon tapi kita ada hak tuk menegur sesama kita... jangan fikir "ahh aku bukan baik pon nak tegur2 orang.." kalu semua antara kita berfikiran macam tu alamatnya rosak la umat islam...

Anonymous said...

zaman sekarang ne. rumah sendiri pon bole buat maksiat ye dak. ne kan pulak kat luar sana. totally agree dengan awak pasal tengok bola tapi tak solat and pergi club.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...