Rakan-rakan Blog

HERO

|

Hey semua. Untuk pos kali nie, I want to share something that are sad for me in my life. Just one incident that mostly I think its more hurt than when ur heart were broke. Apsal tajuk post kali nie 'HERO'? Aku just nak share something ngan korg pasal sorg kawan aku yg telah pergi pada usia muda iaitu 19 tahun. Aku rasa belum genap pon 19 tahun arwah nie mase die pergi. Aku pernah jnji yg satu hari nanti aku akan dedicate post nie utk arwah. Cuma xberkesempatan dan maybe tak kena masa yg sesuai. Aku xde la kenal arwah nie lame. Cuma baru 6 tahun. Lame ke bagi korg? Tapi bagi aku, aku xpuas lagi kawan ngan dia. Tapi apepown, tuhan lebih sayangkan arwah. Arwah yg aku maksudkan ialah Muhammad Alief Fahmey bin Yaacob atau lebih mesra dgn kawan-kawan sebagai Remmy. Bagi yg kenal dia, same2 la kite sedekahkan al-Fatihah untuk arwah. Biar dia bahagia di sana dan lebih tenang menghadapi soalan-soalan malaikat munkar dan nankir. Kita sebagai org Islam, wajib percaya semua tuh. Tak mustahil kalau satu hari nnti aku pown pergi dlm umur yg muda. Mungkin lebih awal kita pergi, lebih kurang dosa yg kita bawa. Setiap kejadian ada hikmahnya. Sebenarnya, apa yg buat aku nak tulis pasal arwah pada hari nie adalah kerana, tdi aku telah pergi menziarahi kubur arwah di Tanah Perkuburan Bukit Alif. Arwah meninggal pada 02.01.2010 pada pukul 1.30 pagi. Sehari selepas Tahun Baru. Dan sehari sebelum aku mendaftar sebagai pelajar di UiTM Shah Alam. Aku rasa terlampau ralat kerana tak dapat melihat arwah untuk terakhir. Tapi aku ada perasaan bersyukur kerana tidak dapat melihat arwah kali terakhir. Bila aku dpt melihat dia, tentu aku akan terbayangkan dia. Sekarang, bagi aku, arwah masih ada. Cuma dia tak dpt utk bertemu ngan aku. Tapi aku tau aku terpaksa terima kenyataan.

Coretan untuk arwah :
Aku sgt rindu kan kau kawan. Rasa bila kau xde, mcm tak lengkap hari-hari yg aku lepak selama nie. Berbeza sangat. Aku nk kau tahu, selepas kau pergi
kawan-kawan kita dah tak macam dulu, semua dah ada haluan. Semua susah nak jumpa. aku rindu sangat masa kita sama-sama dulu. Aku tau, aku bukan
kawan yg baik untuk kau. Aku pernah pukul kau. Aku tendang dada kau 3 kali. Tapi? Kau xbalas. Aku pengecut. Aku kalah. Setahun kita tak pernah bertegur selepas peristiwa tuh.
Salah siapa? Memang salah aku. Aku terlalu ikutkan nafsu. Aku terlampau dengar kata perempuan. Sekarang baru aku paham. Kau buat aku paham kawan.
Perempuan xde makna dalam hidup aku. Kawan dan keluarga adalah segalanya. Aku menyesal. Aku sepatutnya habiskan masa sepanjang hidup kau untuk kita
berkawan. Tapi aku tak tahu kau akan pergi. Selepas peristiwa aku pukul kau, kau yang datang minta maaf dgn aku, walaupun tu salah aku. Aku masih ingat, pada masa aku buat rumah terbuka untuk Hari Raya pada tahun 2006. Banyak dah pengalaman yg kita lalui bersama. Rasa lain sangat bila kau dah takde. Mungkin ini cuma coretan hati aku, tapi aku tau yg kau akan dengar rintihan suara aku nie Remmy. Kau kawan yang paling baik aku pernah jumpa. Aku pernah eksiden guna motor kau. Teruk. Tapi kau minta aku byr yg tak setimpal. Aku tau tuh bukan harga yg sebenar. Tapi tuh buat aku xkan lupa kau kawan. Cara kau berkawan lain sangat. Kau tak pernah berkira sepanjang kita berkawan. Kau memang murah hati. Kau tak pernah berkasar dengan aku sepanjang berkawan. Terlampau byk kenangan utk dicoretkan sepanjang kita berkawan. Aku rindu kan saat-saat tuh. Aku harap kau bahagia disana. Selagi aku bernafas, aku tak kan lupakan kau Remmy.
Pecah Kaca Pecah Simen, Sudah Baca Harap Komen. :)

7 Commments:

ayu cheese cake said...

al-fatihah untuk arwah .
:)

faiz ibrahim said...

sedih cak aku bace cite kau nehh.
al-fatihah untuk arwah remy .
smoge dia ditempatkan dikalangan orang² yg beriman .

Deco Mare said...

kte sdekah kn al fatihah utk si arwah ..
aku bce smpi sedih tau x ..
huhuhu ..

Chuck said...

al-Fatihah untuk arwah. Kawan baik kita semua. ;(

kick_012 said...

aq t'igt first time aq kenal arwah..
aq t'igt first time aq naek moto jalan jauh ngan arwah..
aq t'igt first time aq nak masok umah arwah...
rindu yg t'amat aq kat arwah..
paper pon Al-fatihah tok arwah.. :(

Chuck said...

Sabar lee. Kita semua rasa kehilangan dia kan. al-fatihah. ;(

anielurve said...

itulah namanya kawan....semoga tuhan memberkati dea...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Photobucket
Protected by Copyscape Unique Content Checker